When our heart is stolen, why do we insist on returning to the scene of the crime?
– Napoleon.
Tapi bila ada option pun payah jugak kadang-kadang. So macam mana tu?
Mi-Young is so adorable!!
The best cover of Rihanna’s “Where Have You Been” everrrrrrrrrr!!
| Member: | Zu, busy tak? Aku ada benda nak luah ke engkau ni. I need a shoulder to cry on right now. Boleh pinjam bahu? |
| Zuriaty: | Boleh. Tapi jangan lupa pulang balik. |
| Member: | Kau ni. Aku tengah ada masalah ni.. |
| Zuriaty: | Masalah ke, problem ke, atau trouble? Cinta ke? |
| Member: | Nak dengar tak ni? |
| Zuriaty: | Tak nak, tapi kalau kau dah paksa aku tadah je la telinga. Sayang member punya pasal. |
| Member: | SERIUS LA ZUUUUUU!! |
| Zuriaty: | Serius la ni. Ceritalah. |
| Member: | Nak tanya sikit ni. |
| Zuriaty: | Sila. |
| Member: | How to forget someone? |
| Zuriaty: | Who is that particular someone? |
| Member: | Someone we love. |
| Zuriaty: | Why would you want to forget someone if you love them? |
| Member: | Ok. Someone who you once loved. Dearly. Wholeheartedly. But not anymore. |
| Zuriaty: | You don't have to forget them if you don't love them anymore. |
| Member: | But I need to forget him. It's not relevant to keep him anymore :( |
| Zuriaty: | If you're TRYING to forget someone, chances are you still in love with them. You can't let go. If you really don't love them anymore you won't even have to try to forget them. Sebab automatically kau akan dapat neutralize perasaan sayang kau tu. |
| Member: | Amboi engkau.. Ok let's just say aku sayang dia, tapi dia tak sayang aku. Relationship dah tak sama macam dulu. Nak tak nak aku kena move on la kan? |
| Zuriaty: | Itu harus. |
| Member: | Kalau nak move on kena lupakan dia tak gitu? |
| Zuriaty: | Lihat pada situasi engkau sekarang, itu sudah pasti. |
| Member: | So how to forget someone that you once loved? |
| Zuriaty: | Naaaahhh. "How to forget someone who don't love you anymore". Ayat ni baru betul. |
| Member: | Ok cik Zuriaty. HOW TO FORGET SOMEONE WHO DON'T LOVE YOU ANYMORE? Puas hati kau? |
| Zuriaty: | Easy. DON'T THINK ABOUT HIM. |
| Member: | Bangkai. Bagilah nasihat betul-betul sikit. |
| Zuriaty: | Eh ni betul la ni. That's the key. Don't think about him. It's all in your head. When you think about him, mulalah nak stalk FB dia la, nak tweet pasal dia la. Dalam status FB and your tweets semua ayat penyedap hati konon nak pujuk diri sendiri biar bertabah lupakan dia segala bagai. Padahal makin kau sebut makinlah kau ingat dia. Jadi walaupun kau sebenarnya cuba untuk pujuk hati sendiri dan tunjuk yang kau mampu move on, secara tak sedarnya kau seolah-olah macam remind diri sendiri untuk ingat balik semua tentang dia. |
| Member: | So what should I do? :( |
| Zuriaty: | Get rid of that sad face. Ermmmm, jangan update status atau tweet apa-apa yang berkaitan dengan dia. Tak perlu canang satu dunia yang kau dah atau sedang cuba lupakan dia. Tak payah nak wish him happiness bagai. Kau bukan Adele. Tak payah buat-buat redha semua tu. Kalau nak lupakan someone, buat macam biasa. As if he never existed. Buat apa kau nak lupa orang atau sesuatu yang tak pernah wujud. Kan? Keep yourself busy. Banyak benda lagi yang boleh kau buat dengan hidup kau ni. Banyak lagi jantan kat luar sana. |
| Member: | Aku nak cari lelaki la. Bukan jantan. |
| Zuriaty: | Tak kisahlah. Asal tak luar tabii sudah. |
| Member: | Tak senonoh la engkau ni!! |
| Zuriaty: | Well, orang tak senonoh ni jugak la tempat kau berkeluh kesah bagai kan? Sekarang kau duduk diam-diam, baca balik apa yang aku kasi tahu kau tadi, and think about it all through ok? Aku ada kerja nak buat ni. Apa-apa hal text aje ok? Good luck in forgetting him. |
| Member: | Iye. Bijak jugak engkau hal-hal gini ye. WALAUPUNNNNNNN.. |
| Zuriaty: | Jangan makan tuan ok. Aku dah bagi khidmat nasihat tu tadi. Ucap terima kasih pun tak. |
| Member: | Thank you Zuriaty :) |
I was just wondering..
Hati saya bukan hentian R&R tahu?
Chuck Bass is the new Edward Cullen, only much better!!
– Zuriaty Mohamad (b. 1989)
Menjadi ibu itu satu tanggungjawab besar; bukan perkara mudah. Anak-anak itu pula rahmat dan rezeki tidak terhingga - harta tak ternilai pemberian daripada Allah SWT.
Dan nak menjadi ibu bukan tugas mudah, bukan perkara enteng. Dari saat mengandung 9 bulan sampailah tiba waktunya bertarung nyawa menahan sakit ketika bersalin, membawa pulak ke masa berpantang, menjaga anak dari tapak kaki merah sampailah dah besar panjang jadi anak teruna dan anak dara. Bila anak dah jadi suami/isteri/emak/ayah orang pun tanggungjawab ibu masih tetap sama; sedikit pun tak berubah pada anak-anaknya sehinggalah nyawa bercerai dari badan saat jasad turun ke liang lahad; kembali kepada asal dan penciptanya. Kerana itu diletakkan martabat seorang itu begitu tinggi - sehingga syurga itu letak duduknya ditapak kaki insan bergelar ibu.
Alangkah ruginya manusia-manusia yang dah diberi peluang menggalas tanggungjawab sebagai ibu tapi dibuang-buang, ditangan-tangan (oh ini tak apa kot?) dan dikame-kamehanye anak itu. Sedangkan buang sampah merata-rata pun dah salah di sisi undang-undang, apatah lagi nak buang anak manusia. Kalau tak dibuang pun dikuntau-kuntau umpama punching bag. Kau gila?! Binatang pun sayang anak tau! Daripada kau buang anak kau macam buang masa lebih baik kau jual pada orang yang betul-betul nak anak. Jangan jual pada sindiket jual organ pulak!! Bunyi nasihat macam agak keji tapi serius, lebih baik bagi pada orang atau kalau otak bisnes nak buat untung di dunia juallah pada mereka-mereka yang tersangat mahukan anak, biar anak itu nantinya membesar dengan kasih sayang sempurna dari orang yang menyayanginya, selayaknya manusia dan kau pulak mati busuk seorang diri dimamah dosa di usia tua.
Jika boleh disenaraikan sebab untuk berterima kasih kepada seorang insan yang bergelar Mama/Mommy/Mummy/Ibu/Bonda/Umi/Mak, memang sampai kiamat pun takkan habis cerita. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan dengan penuh sabar. Kerana meletakkan kepentingan anak-anak dan keluarga lebih dari kepentingan diri sendiri, kerana tak pernah lupa mendoakan anak-anak sehingga terlupa untuk mendoakan diri sendiri, kerana setiap pengorbanan yang tak mungkin dapat disebut semula satu persatu kerana maha banyaknya pengorbanan seorang insan mulia bergelar ibu.
Terima kasih Mama kerana tak buang aku masa baby, walaupun aku maha nakal dan degil, dari kecik sehinggalah sekarang sudah layak mengundi dan sudah layak dipinang orang (layak je tapi setakat ini belum pernah lagi); sudah layak jadi seperti Mama - jadi ibu. Masa kecil dulu semua benda pun nak mintak Mama buatkan, bila dah besar sikit meningkat remaja (baru nak up kata orang) mulalah berlagak ingat diri tu dah besar sangat dah boleh buat keputusan sendiri. Tak mahu langsung dengar cakap Mama, nasihat Mama langsung tak nak dengar. Sentiasa ingat keputusan yang aku buat adalah betul untuk diri aku, Mama tak faham sebab Mama bukan remaja. Bukan orang muda. Aku tahu, masa tu Mama kecil hati tapi Mama tak cakap apa-apa. Cuma aku tak boleh menafikan, yang aku rasa seperti dihempap 7 petala langit bila nampak airmata Mama mengalir kerana sifat degil aku. Itu masa remaja dulu, baru kenal dunia. Anehnya kitaran hidup ni, betul-betul umpama roda. Bila dah betul-betul menginjak usia dewasa, aku jadi seperti kanak-kanak semula. Semua benda aku rasa macam nak mintak nasihat Mama. Jika dirundung masalah, mesti nak cari Mama. Bila rasa gusar dan runsing, hanya suara Mama yang boleh bawakan semula semua rasa tenang yang hilang; yang kumpulkan semula semua semangat yang dah luluh, luruh dan luntur. Padahal Mama tak cakap apa sangat pun. Sekadar tanya khabar, tanya dah makan ke belum, tanya amacam study ok ke tak, tanya duit cukup ke tak (ini yang paling ditunggu-tunggu).. Suara Mama saja dah umpama ubat paling mujarab. Apa-apa hal pun pasti akan U-Turn pada Mama, walaupun sekarang dah betul-betul masuk fasa dewasa, yang mana keputusan dan jalan hidup terletak sepenuhnya atas pilihan aku sendiri. Bila rasa sedih je automatic tak lama lepas tu dapat SMS atau call dari Mama. Sama juga bila rasa sedih atau runsing, Mama macam tahu-tahu je anak dia tengah jiwa kacau. Dan sekarang aku rasa semua benda yang Mama pernah cakap dulu adalah benar belaka. Tak ada satu pun yang salah. Hakikatnya tak ada satu pun yang Mama tak faham tentang hidup; tentang anaknya. Kalau boleh semua benda pun harus berbalik pada Mama. Harus rujuk Mama kerana Mama lebih tahu, dan naluri ibu itu sentiasa mengetahui segala tentang anaknya. Kalau boleh rujuk untuk buat assignment dah lama aku letak citation nama mak aku dekat ruang bibliografi. Ya, macam aku kata tadi. Sebab aku dah dewasa. Usia dah meningkat. Banyak perkara dah aku lalui. Banyak ragam manusia yang aku temui. Dan aku tinggal jauh dari Mama; dari tempat di mana dia berada. Kerana bagi aku tempat di mana seorang ibu itu berada adalah tempat paling tenang dan paling selamat buat anaknya.
Terima kasih kerana melahirkan, membesarkan, mendidik dan menyayangi. Bahkan terima kasih atas segala pelempang, penampar, tali pinggang dan hanger yang hinggap di segenap inci tubuh masa kecik dulu (mak aku bukan kaki dera tau; kan aku dah cakap tadi aku ni nakal degil segala bagai masa kecik) kerana benda itulah yang menjadikan aku manusia. Sekurang-kurangnya kerana tangan pedas itulah aku berada di tempat aku sekarang, bukan jadi penyangak, sampah masyarakat dan kutu berahak yang memalukan keluarga dan menyusahkan orang ramai, cuma sekali sekala je menyusahkan Mama sebab call nak mintak bank in duit -.-“
Bagi aku, hari ibu bukan hanya Ahad kedua setiap Mei. Hari-hari pun hari ibu, tapi setahun sekali je mampu nak beli hadiah. Nak beli hadiah hari-hari memang tak kahwin la aku nanti kan sebab takde duit bajet lari beli hadiah untuk ibu hari-hari. Bukan berkira, tapi iyelah duit ni kene jolok kat ATM bukan jolok dari pokok jambu pokok rambutan tepi jalan ye dak? Tapi takpe, yang penting niat kita tu nak hargai ibu kita setiap hari, setiap detik dalam hidup kita. Setuju tak anak-anak di luar sana? Baik korang angguk cepat! *asah parang*
Kalau nak ditanya pada aku, tentu saja aku tak tahu bagai mana rasanya jadi ibu. Belum lagi. Insyallah, satu hari nanti. Apabila tiba masa dinanti; apabila Allah memberi rezeki. Tapi aku tak akan pernah tahu bagaimana rasanya menjadi ibu kepada seorang aku, seperti mana kamu tak akan pernah tahu bagaimana rasanya menjadi ibu kepada seorang kamu.
Maka, dengan penuh kasih sayang dan serendah hatinya aku dengan seikhlas hati budi setahun segunung intan (wah ini tajuk lagu Arwah Datuk Ahmad Jais dengan Kartina Dahari ok) aku nak mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua Mama/Mommy/Mummy/Ibu/Bonda/Umi/Mak dan bakal ibu di luar sana. Anda insan istimewa. Terima kasih atas segala-galanya; tak mungkin mampu untuk disenarai satu-persatu dan ditaip sebijik-sebijik di sini. Terima kasih atas segala yang telah dan masih anda lakukan. Kepada mereka-mereka yang dah tak punya ibu, doakanlah ibu anda agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Akhir kata dari saya, ayuh kita laungkan beramai-ramai; “SELAMAT HARI IBU!! I LOVE YOU!! THANK YOU. MUAHHHHH!!” :)
Ps. Menulis entri ini sambil mendengar lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee “Ibu” dan M. Nasir “Bonda” disulami esak tangis dan sendu berpanjangan. Rindu Mama!! Uwaaaaaaaaaaa!! :’(